Carnations
Adalah bunga yang paling dikenali di seluruh dunia. Bunga Carnation  selalunya dihargai dan menyenangkan. Ia ada dalam pelbagai warna dan  pada asasnya adalah simbolik kepada tarikan cinta
Gerbera Daisies
Dikenali dengan saiz dan kemekarannya yang menawan. Tergolong dalam  pelbagai warna – warna yang menonjol, Gerbera Daisies menjadi ‘favorite  flower’ untuk menunjukkan perasaan yang ceria. Walau bagaimanapun secara  tradisinya bunga ini memberi maksud kecantikan dan kejujuran
Orkid
Dengan fizikalnya yang eksotik, sifat bunga orkid ‘represent rare and  delicate beauty’. Keunikkan bunga orkid sebagai pemberian mengekalkan  ingatan yang berkekalan kepada penerimanya. Keindahannya tidak dapat  disangkal lagi walaupun dijadikan sebagai gubahan hantaran atau bagi  ‘arrangement’ sesebuah majlis mahupun sebagai koleksi tanaman anda
Lily
Dikenali dengan keunikan bentuk fizikalnya yang besar dan mekar seperti  bintang serta mempunyai kemanisan haruman tersendiri, bunga lily  mempunyai keagungan ‘masterpiece’yang tersendiri. Sekiranya anda mencari  bunga yang melambangkan persahabatan dan kesetiaan, bunga lily  mempunyai cirri-ciri dan kualiti tersebut. Terdapat dalam pelbagai warna  dan jenis, pada asasnya juga melambangkan ketulinan, penghormatan dan  sumber aspirasi
Ros
Tiada bunga lain yang dapat menandingi kemasyurannya sebagai bunga  pemberian yang paling diminati. Sebagai sumber inspirasi, bunga ros  memberikan ingatan yang kuat kepada cinta dan kasih sayang. Untuk  mengetahui maksud setiap warna bunga ros ada dihuraikan dalam ‘Maksud  disebalik Warna Bunga Ros’
Matahari
Keceriaan warna kuning yang membara serta kuntumannya yang besar, bunga  matahari bukan saja mewakili tenaga suria kita malah akan mekar mengadap  cahaya suria tatkala langit cerah benderang. Bukan sekadar membawa  maksud ‘warmth and adoration’, malahan melambangkan ‘longevity’. Malahan  pemberian bunga ini juga dapat menceriakan hari seseorang
Tulip
Dengan memberi maksud ‘being perfect love’, bunga tulip menceritakan  rasa kecintaan dan ‘elegant’ dalam susunan atau gubahannya yang  tersendiri. Bunga tulip dikenali sebagai bunga yang ‘sophisticated’ dan  sangat popular apabila dikaitkan dengan Netherland

No comments:
Post a Comment